members.terlajaktravel.com

Salmah Binti Wasimon

Nama : Salmah Binti Wasimon

Asal : Muar , Johor.

Tempat yang pernah dilawati bersama Terlajak Travel : Egypt , Jordan , Aqsa.

Pengalaman saya bersama Terlajak Travels :


Saya seorang individu yang memang suka travel dan meneliti tentang sesuatu perkara oleh kerana mempunyai sikap ingin tahu yang mendalam dan sebelum ini berkerjaya sebagai pegawai penyelidik  dan sekarang mengajar agama, saya kenal Terlajak Travel di facebook, baca maklumat berkenaan Viral Terlajak Travel membawa orang ke Negara Timur Tengah yang berkaitan dengan jejak rasul, saya terus bertanyalkan soalan adakah Terlajak Travel membawa orang ke Palestin, jawapan yang diberikan oleh T.T telah membuatkan saya berpuas hati dan terus minta itinenary, saya terkejut oleh kerana harga yang ditawarkan sangat berpatutan mengikut tempat-tempat yang dilawat.

Saya tak lepaskan peluang untuk melancong bersama Terlajak Travel, setelah cuba dari mula perjalanan hingga habis saya sangat berpuas hati, Terlajak Travel sangat menepati Itinerary yang diberikan selain perkhidmatan yang diberikan terlalu advance dari jumlah bayaran yang dikenakan. persediaan semasa berada di airport memuaskan adanya wakil dari Terlajak Travel yang telah membuatkan urusan kami mudah dan lancar. Pemandu pelancong Terlajak Travel sangat sporting, memberi layanan yang baik kepada kami, walaupun pemandu pelancong kami orang mesir ilmu dan penerangan yang diterangkan sampai dan dapat difahami.

Selain itu, itinerary yang disediakan oleh Terlajak Travel sangat menyeronokkan siap boleh buat permintaan tambah tempat lawatan jika masa terluang, ianya menyebabkan saya dan kumpulan sangat seronok, dapat bergambar sakan dan bercerita serta berkongsi pendapat dan ilmu yang ada. Banyak tempat-tempat yang menarik yang disediakan oleh Terlajak Travel antaranya ketika berada di mesir kami berpeluang melihat sendiri firaun yang ditenggelam Allah di laut merah itu dalam peti mayat, dapat lihat sendiri piramid-piramid, piramid yang terbesar iaitu piramid giza, melihat kincir angin yang digunakan oleh masyarakat mesir purba.

Kami juga berpeluang menziarahi makam para anbiya, nabi saleh dan harun di St Catherine dan melihat sendiri patung samiri yang dipahat oleh kaum nabi musa sebagai sembahan, ketika di Jordan banyak tempat yang kami lawati antaranya tempat tinggal kaum ad iaitu kaum nabi lut AS dan laut mati tempat dimana kaum ad diterbalikkan oleh sebab ingkar perintah ALLAH SWT dan ajakan Nabi lut AS. Ketika dipalestin, saya dan kumpulan berpeluang ke Baitul Maqdis dan menziarahi 5 masjid yang ada di sana, antaranya masjidil aqsa, masjid quba emas, dan masjid Ibrahim, ketika bergerak ke masjidil aqsa kami dapat pengalaman menarik dapat bergerak bersama sama dengan orang Israel diperjalanan dan berpecah setibanya di masjidil aqsa dan tempat ibadah orang Israel, banyak lagilah pengalaman-pengalaman menarik yang lain.

Bagi pendapat saya, Terlajak Travel sangat menitik beratkan soal kebajikan pelanggan, memberikan perkhidmatan yang sangat memuaskan, harga pakej yang murah dan berpatutan, sedikit cadangan saya lebih baik sikit negara namun lama berada di sana berbanding banyak negara namun tak puas untuk lawat di tempat-tempat bersejarah, saya sangat bersetuju untuk mencadangkan Terlajak Travel untuk kenalan dan masyarakat. Inshaa ALLAH, selepas PKP nanti saya dan rakan-rakan kumpulan masih menggunakan perkhidmatan Terlajak Travel oleh kerana kami sangat happy, enjoy dan berpuas hati.

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.