members.terlajaktravel.com

Zuraini Binti Rushdi

Nama : Zuraini Binti Rushdi.

Asal : Sabah.

Tempat yang pernah dilawati bersama Terlajak Travel : Turki.

Pengalaman saya bersama Terlajak Travels :

Saya kenal Terlajak Travel di media sosial facebook, selain tempat-tempat lawatan yang menarik Terlajak Travel juga sediakan harga pakej yang murah sesuai dengan bajet saya, itu sebab saya memilih Terlajak Travel memandangkan tarikh yang disediakan ngam dengan tarikh kami sekeluarga nak melancong, takda complain pun.

Untuk itinerary memuaskan lebih kurang dengan Travel Agensi yang lain juga memandangkan saya memang dah biasa guna perkhidmatan Travel Agensi, itinerary juga boleh kita buat permintaan tambahan, kami pergi melancong dengan kumpulan dan takda orang luar, namun baru sekali saya menggunakan perkhidmatan Terlajak Travel, syukurlah pemandu pelancong kami layan kami dengan baik dan ikut karenah kita orang.

Antara tempat menarik dan aktiviti-aktiviti best, saya tak berapa ingat sebab dah 2 tahun lalu trip kita orang tu, yang saya ingat ketika berhenti di satu tempat di tepi jalan dapat makan honeydew gedebak,  lain-lain aktiviti lompat melompat la untuk bergambar sakan terpaksa jadi muda sekejap haha.

Untuk makanan memuaskan walaupun ada juga makanan yang tak mengikut selera kami tapi okaylah dapat juga jumpa nasi, yelah turki kan, perkhidmatan yang diberikan pemandu pelancong Terlajak Travel amat memuaskan, sporting, layan je kami, saya bercadang masih ingin menggunakan perkhidmatan Terlajak Travel kalua harga berpatutan .

Leave a Reply

Your email address will not be published.