members.terlajaktravel.com

Zaiton Binti Ibrahim

Nama : Zaiton Binti Ibrahim.

Asal : Kelantan

Tempat yang pernah dilawati bersama Terlajak Travel : Europe ( London, Paris, Colmar, Munich, , Belgium, German, Switzerland, Luxembourg dan Amsterdam.).

Pengalaman saya bersama Terlajak Travels :

Terlajak Travel ni menawarkan offer yang menarik, orang pun tak ramai. Yang seronoknya kami travel tak beramai-ramai, drop tempat yang tak perlu berjalan jauh. Sangat sesuai untuk warga emas. Dengan pihak Terlajak Travel pun senang nak deal dan masa tak terbuang untuk menunggu.

Saya juga diberi itinerary awal. Dan yang lagi seronok, saya juga boleh request kemana nak pergi. Bagi pengurusan kt airport pula, pihak Terlajak Travel menguruskan dengan mudah dan cepat. Tak perlu menunggu lama. Sebelum kami melakukan penerbangan, pemberian maklumat lebih detail di sesebuah negara seperti simcard.

Bagi pengurusan di sana pula, kami juga diberitahu tempat-tempat yang menarik untuk dilawat. Kami juga boleh request untuk lebih lama di satu tempat untuk shopping dan sebagainya.  Travel bersama Terlajak Travel best sebab tak bercampur dengan warga muda, warga emas sesama warga emas sebab warga emas lebih berdisiplin.

Saya pun teringin nak menyertai program Gold Traveller ini, tapi tak boleh nak janji kerana faktor usia, takut kudrat tak membenarkan, saya pun 65 tahun, suami saya pula 67 tahun. Tak terlalu fit untuk travel.

Bagi saya perkara yang perlu diperbaiki adalah tempat tinggal. Kalau boleh tempat tinggal kena lebih menarik, ada setengah tu tak terlalu menarik. Kena bagitau customer lain kena lebih on time

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.