members.terlajaktravel.com

Zainun Binti Khalid

Nama : Zainun Binti Khalid .

Asal : Sabah.

Tempat yang pernah dilawati bersama Terlajak Travel : Jogjakarta , Indonesia.

Pengalaman saya bersama Terlajak Travels :

Pada mulanya saya memilih Terlajak Travel oleh kerana sebelum ni saya memang mengikuti Terlajak Travel di Facebook yang dikendalikan oleh Encik Hairie, antara yang menarik minat saya untuk mengikuti Terlajak Travel, ialah kerana dia boleh bergerak dan melancongan dalam kumpulan walaupun dalam bilangan yang tak ramai, itu yang membuatkan saya berminat untuk  menghubungi Encik Hairie Terlajak Travel untuk melancong bersama keluarga.


Kelebihan Terlajak Travel saya tak berapa boleh nyatakan sebab sebelumni saya memang suka melancong dan dah gunakan banyak perkhidmatan Travel Agensi, namun apa yang boleh saya nyatakan ialah harga pakej yang ditawarkan sangat berpatutan dan bersesuaian dengan bajet saya oleh kerana melancong bersama keluarga, semasa di Lapangan terbang Terlajak Travel ada menyediakan wakil untuk mambantu kami, yang telah menyebabkan segala urusan kami di Lapangan terbang berjalan dengan lancar.


Saya menggunakan perkhidmatan Terlajak Travel untuk pergi bersama keluarga ke Jogja, Vietnam, pemandu pelancong yang disediakan Terlajak Travel okay, sangat membantu, mendengar permintaan pelanggan dan mengambil berat, Akan tetapi makanan yang diuruskan oleh agent Terlajak Travel di Vietnam tak berapa memuaskan akan tetapi masih boleh membuat permintaan untuk dibawa ke tempat yang diinginkan pelanggan, oleh kerana pada saya untuk untuk bayaran makanan sanggup bayar lebih asalkan bukanlah yang asal ada, ini kerana kita ketika nak melancong tengok tempat orang perlulah juga ada makanan yang sedap-sedap dan banyak.


Berkaitan dengan jadual perjalanan yang disediakan Terlajak Travel okay, enjoy dan membuatkan kami sekeluarga rasa selesa, perjalanan kami bersama Terlajak Travel menyeronokkan oleh kerana kami berpeluang melancong bersama keluarga. Pada pendapat saya, semua perkhidmatan yang diberikan Terlajak Travel memuaskan dan boleh diberikan 7/10 untuk penilaian, Inshaa ALLAH ,selepas PKP nanti saya masih akan menggunakan perkhidmatan Terlajak Travel bersama kejiranan saya untuk ke Bandung Indonesia.

Leave a Reply

Your email address will not be published.