members.terlajaktravel.com

Salma Binti Ab Kadir

Nama : Salma Binti Ab Kadir .

Asal : Sabah.

Tempat yang pernah dilawati bersama Terlajak Travel : Egypt , Jordan , Aqsa.

Pengalaman saya bersama Terlajak Travels :

Dulu sebelum saya nak travel, saya tak pernah tahupun tentang kompeni Terlajak Travel.  Saya sangkakan ini ada kaitan dengan Terlajak Laris. 

Ceritanya saya nak melancong menggunakan agensi lain tetapi tarikh berlepas tarikh itu agak lambat. Saya dapat pesanan sms dari Terlajak Travel bertanyakan tentang Trip dan saya pun bersetuju untuk menggunakan khidmat Terlajak Travel.

 Walaupun saya dikira antara yang lewat booking, segala urusan seperti Visa dan macam2 lagi dapat diuruskan dengan pantas. Saya dan anak saya terkejut tengok pantasnya staff terlajak travel menjalankan tugas.

Layanan staff seperti dari segi layanan, makanan, urusan bagasi dan pengangkutan kepada kami sangatlah memuaskan dari saat kami tiba di lapangan terbang hinggalah pulang semula ke Malaysia. Bila cerita pasal makanan ni, Alhamdulillah makanan halal dekat sini memang merata lah jawabnya. Tempat makan yang dibawa sangat menarik.

 Antara perkara yang paling saya suka semasa bercuti dengan Terlajak Travel ini adalah hotel yang disediakan amatlah memuaskan dengan harga pakej yang murah. Bilik yang luas dan selesa sangat. Saya sendiri tak sangka akan dapat bilik yang besar sangatAntara aktiviti yang saya igt semasa sesi bergambar di laut mati dan Alhamdulillah dapat singgah ke makam dan masjid di sana. 

Untuk masa akan datang saya merancang untuk bawa anak-anak ke Balkan di eropah tu. Insya Allah selepas selesai masalah covid nanti. Agensi ni memang jadi pilihan utama saya jika saya nak travel ke mana-mana nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published.