members.terlajaktravel.com

Ruhana Binti Mahmod

Nama : Ruhana Binti Mahmod.

Asal : Sabah.

Tempat yang pernah dilawati bersama Terlajak Travel : Europe ( UK, Netherlands, Belgium, German, Switzerland, Luxembourg, France. ).

Pengalaman saya bersama Terlajak Travels :

Saya mengenali Terlajak Travel ni melalui kawan punya facebook, dia travel ke Europe jadi saya pun macam berminat. Kelebihan yang nampak dari Terlajak Travel ini adalah, semasa kawan saya pergi travel, ada insiden besar berlaku, tapi Terlajak Travel dapat manage dengan sangat bagus. 

Bila contact dengan pihak Terlajak Travel, saya boleh customize trip mengikut kehendak saya dari tarikh , tempat dan macam-macam perkara boleh customize berbeza dengan company 

Pihak Terlajak Travel dapat beri tarikh mengikut kehendak saya. Harganya pula sangat murah ,saya juga ada survey company lain, mereka tawarkan tempat yang sama tapi harga lebih mahal. Perbezaan harganya juga amat ketara.

Pengurusan di airport sangat pantas, tak macam travel agent lain. Saya terpaksa menunggu berjam jam tunggu mereka sampai, tapi berbeda dengan Terlajak Travel. Aktiviti pula dapat  disesuaikan dengan kehendak customer, walaupun tiada dalam itinerary, anak saya teringin nak pergi ke stadium arsenal, tapi pihak Terlajak Travel dapat  adjust disana.

Makanan halal pun senang dapat, sebab tour guide disana ada experience. Tak perlu risau untuk tunggu lama lama. Macam trip yang kami jangkakan lambat dapat makanan, mereka belikan siap-siap macam buah buahan, roti. Tour guide pula mereka sangat muslim friendly seperti makanan, tempat solat

Pengalaman yang menarik, pihak Terlajak Travel create satu suasana seperti travel as one family walaupun bergabung dengan keluarga lain. Suasana yang diwujudkan tiada gap, terasa macam satu family yang besar travel sama sama

Saya dan suami pun ada banyak kawan-kawan yang berminat untuk travel dengan Terlajak Travel tapi sebab covid je yang halang. Saya sangat berminat dnegan program Gold Traveller tu sebab saya memang suka travel. Kalau ada duit, masa, sihat walafiat, insya allah saya akan join

Leave a Reply

Your email address will not be published.