members.terlajaktravel.com

Radiah Binti Mohamad

Nama : Radiah Binti Mohamad .

Asal : Sabah.

Tempat yang pernah dilawati bersama Terlajak Travel : Korea Wonderous.

Pengalaman saya bersama Terlajak Travels :

Sepanjang pengalaman saya dengan Terlajak Travel ni alhamdulillah ok je, ini kali kedua saya pergi ke Korea. Saya kenal agensi ni pun melalui social media. Tengok kepada harga dan pakej buat saya tertarik untuk gunakan khidmat dari Terlajak Travel. Tak terlalu mahal dan mampi miliklah harga pakej yang di offer.

Sepanjang masa ada disana dari segi tempat penginapan saya puas hati. Pemandangan yang menarik dan menenangkan bagi saya. Pengangkutan yang disediakan pun amat selesa.

Pendapat saya tentang itinerary ni, bagi saya masa tu terlalu fix, rasa tak puas. Susunan itinerary dah cantik dah cuma saya harap dapat flexible kan sikit contoh masa saya shopping rasa tak puas.

Kalau berkaitan dengan beribadah, Alhamdulillah semua ok. Waktu solat telah pun dibagi kepada kami. Setiap kali masuk waktu kami akan diberi ruang dan masa untuk melaksanakan tanggungjwab kami.

Antara pengalaman yang paling manis bagi saya semasa bercuti dekat sana seingat saya di pulau Nami. Masa tu saya tgk rakan2 saya seronok main salji. Tengok masing2 kt situ gembira je .

Insya Allah saya akan rekomen kan dekat kawan2 saya mana yang kaki travel tu untuk join package under Terlajak Travel.

Leave a Reply

Your email address will not be published.