members.terlajaktravel.com

Najlil Hayati Binti Haji Abdullah

Nama : Najlil Hayati Binti Haji Abdullah.

Asal : Sabah.

Tempat yang pernah dilawati bersama Terlajak Travel : Europe ( UK, Netherlands, Belgium, German, Switzerland, Luxembourg, France. ).

Pengalaman saya bersama Terlajak Travels :

 Saya mengetahui Terlajak Travel ini di Facebook.Bila saya semak saya berasa tertarik sangat dengan pakej dan tempat – tempat yang dilawati..Pada mula saya menghubungi syarikat tersebut saya telah pun menerima layanan yang sangat baik dan ramah mesra dari pihak Terlajak Travel.

   

Terlajak Travel membuat persediaan awal dan rapi  serta teliti seperti pengurusan check in tiket dan daftar masuk bagasi yang teratur tanpa memeningkan saya.Harga pakej yang diberikan sangat berpatutan dengan tempat yang dilawati.Saya sangat berpuas hati dan memang berpatutan dengan harga pakej.Saya juga berpuas hati dengan servis diberikan buktinya dari KLIA sehingga ke destinasi yang saya tuju, kami disambut dan di beri keterangan oleh pihak pengurusan yang cukup mesra.


 Jadual perjalanan yang diberikan sangat memuaskan saya dan tidakterlalu padat. Saya berasa selesa dengan itu kerana saya tidak rasa letih dan penat serta terkejar-kejar dengan jadual perjalanan yang padat. Bagi saya, Terlajak Travel juga menyediakan makanan yang mencukupi untuk kami ketika bercuti bersama Terlajak Travel kami tidak menghadapi sebarang masalah seperti kelaparan serta kekurangan makanan semasa di luar negara.Perkara berkaitan makanan pun mudah diperolehi dan tidak ada sebarang masalah pada saya untuk makan makanan yang disediakan adalah halal.


Perkhidmatan berkaitan pemandu pelancong juga bagi saya tidak ada sebarang masalah kerana semuanya cukup ramah dan mesra.Bagi saya, tidak ada kekurangan apa pun untuk Terlajak Travel. Akan tetapi, Cuma satu dan dua hotel yang kami inap tersebut agak bersaiz kecil sedikit dan ianya kurang selesa pada saya.Saya berminat dengan pakej Gold Traveller oleh Terlajak Travel. Terlajak Travel harus memberi info kepada saya berkaitan pakej tersebut. InsyaAllah sekiranya saya berminat saya ingin menggembara bersama pakej Gold Traveller dan mencipta memori yang baru.

Leave a Reply

Your email address will not be published.